Kelas Mahir Pertanian Pintar Modul 13 - Pengurusan Ladang Dan Sistem Sokongan Pertanian

28 April 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 27 April 2026, telah diadakan Kelas Mahir Pertanian Pintar Modul 13 bertajuk “Pengurusan Ladang Dan Sistem Sokongan Pertanian” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Kelas ini berlangsung dari jam 9:30 pagi hingga 11:00 pagi.

Peserta perlu log masuk dalam sistem MTS dan menyertai kelas secara atas talian. Pembelajaran Modul 13 adalah memberi pendedahan kepada peserta untuk menguruskan unit ladang secara profesional dan sistematik bagi memaksimumkan pendapatan. Kursus ini memfokuskan kepada strategi menangani cabaran iklim global melalui amalan pertanian mampan serta penyelesaian isu jaminan makanan. Selain itu, aspek teknikal pengeluaran, peserta turut didedahkan kepada rantaian pemasaran yang cekap dan rangkaian agensi sokongan kerajaan untuk memastikan projek pertanian bukan sahaja produktif, malah kompetitif sebagai satu perniagaan yang berjaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali